0



29/11/2016 - Anak didik Lim Guan Eng di Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dikhabarkan akan menjadi calon pilihan untuk menggantikan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP.

Sumber dalaman DAP menyatakan, pemilihan Zairil dibuat berikutan ada kumpulan DAP yang tidak menyukai Anthony Loke yang dikatakan berpotensi untuk jawatan yang sama.

Zairil selama ini dimaklumkan sangat disayangi oleh Lim Guan Eng kerana beliau bukan sahaja dikatakan bijak berpolitik, tetapi juga mampu menarik hati golongan muda dengan karakternya.

Zairil juga banyak menimba ilmu dari Ketua Menteri P.Pinang itu semasa dia menjadi Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP tersebut.

Jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Badan Pemikir Kerajaan DAP P.Pinang juga melonjakkan namanya sebaris dengan beberapa pemimpin DAP yang berkaliber di negeri ini.

Selain itu, kedudukan Zairil sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dilihat mampu mengimbangi pengaruh kumpulan Guan Eng didalam DAP yang kini semakin dibayangi oleh kumpulan Chow Kon Yeow.

Jika semua ini benar, apakah pemilihan Zairil nanti akan menjadikan pemerintahan tertinggi parti DAP lebih ‘kemelayuan’ dari sebelum ini, yang hanya dikuasai oleh kaum cina sahaja?

Jika dilihat melalui agenda politik DAP untuk menarik penyokong melayu ke parti mereka, tidak mustahil Zairil akan dilambung tinggi dan akan diangkat dengan pelbagai cara.

‘Anak emas’ Guan Eng ini pastinya akan digunakan bagi menunjukkan DAP adalah parti berbilang bangsa kerana Zairil akan mewakili bangsa melayu didalam sebuah parti chauvinis cina.

Biar apapun percaturan yang dibuat, Guan Eng juga yang akan untung. Zairil pastinya akan menghasilkan pulangan yang baik untuk ‘mileage’ politiknya, begitu juga kalau takdir menyebelahi Anthony.

Bangsa melayu P.Pinang juga yang rugi selagi DAP menjadi tunjang pemerintahan biarpun siapa saja proksinya.


Post a Comment

 
Top