0

Bayan Baru bakal jadi 'Kolam Renang' akibat kerakusan DAP. Banjir kilat yang melanda hampir keseluruhan kawasan di P.Pinang kini sudah dianggap perkara biasa apabila hujan turun dengan lebat.

Bukan sahaja kawasan rendah yang ditenggelami air, tetapi kawasan yang dahulunya dianggap tinggi juga kini sudah tidak lagi selamat.

Yang menariknya, hanya tempoh 4 jam sahaja hujan yang turun diperlukan untuk 'menghasilkan' banjir kilat sebagai hadiah daripada kerajaan DAP negeri kepada rakyat negeri ini.

Kawasan seperti Bayan Baru dan juga Paya Terubong yang dahulunya jarang sekali dilanda banjir, kini menjadi rutin bulanan. Dalam tahun ini sahaja, 4 kali penduduk di kawasan Bayan Baru dan juga Paya Terubong terpaksa mengharungi banjir kilat dikawasan mereka.

Disebabkan itulah, Pengerusi Parti Gerakan Bayan Baru, Teh Leong Meng mendesak supaya kerajaan DAP negeri pimpinan Lim Guan Eng menghentikan pembangunan yang tidak terancang di kawasan berkenaan.

Menurut Teh, kerajaan pimpinan Guan Eng bertindak meluluskan banyak projek pembangunan di kawasan Bayan Baru dan ianya sudah terbukti menyebabkan berlakunya banjir kilat yang menyusahkan penduduk sekitar.

Beliau juga mendedahkan bahawa projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan DAP negeri telah dibangunkan secara tidak terancang dan tersusun. Kelemahan tersebut menyebabkan banjir kilat serta kemungkinan tanah runtuh khususnya di Paya Terubong.

Agak menghairankan mengapa perlu kerajaan DAP negeri tunduk kepada pemaju perumahan yang sudah jelas merosakkan alam sekitar serta menyusahkan penduduk di negeri ini. Apakah kerajaan DAP negeri tak sedar tentang kerosakan yang berlaku?

Ataupun mungkinkah Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, dan juga kerajaan Pakatan di P.Pinang lebih mementingkan keuntungan sahaja daripada mengutamakan kebajikan rakyat yang semakin menderita di P.Pinang?

Kerajaan DAP negeri sebenarnya mempunyai hak untuk menghentikan segala kegilaan yang merosakkan alam sekitar di negeri ini. Paling kurang, mereka boleh sahaja mengarahkan agar pemaju memberi fokus serta menaik taraf sistem perparitan.

Malangnya, oleh kerana kerakusan untuk meraih keuntungan, rakyat kini menjadi mangsa pembangunan tak terancang dan juga menghadapi cabaran setiap kali musim hujan menjelang.

Terima kasihlah kepada DAP. Terima kasih Guan Eng kerana menghadiahkan banjir kilat kepada rakyat di negeri ini!
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post a Comment

 
Top