Ramai penyokong-penyokong Pakatan yang mahukan Tokoh Reformasi sejak tahun 1999, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7...

Adakah Anwar sudah 'hilang nafsu' untuk jadi Perdana Menteri?


Ramai penyokong-penyokong Pakatan yang mahukan Tokoh Reformasi sejak tahun 1999, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Itu antara faktor utama kemenangan Pakatan Harapan di Pilihanraya Umum ke 14 walaupun Anwar masih didalam penjara.

Penyokong-penyokong Pakatan khususnya PKR beranggapan, tiada individu yang lebih sesuai mengetuai rakyat di negara ini kecuali Anwar. Malah mereka begitu setia dibelakang Anwar menentang pemerintahan Mahathir, Abdullah Badawi dan juga Najib Razak.

Kini pasti penyokong-penyokong setianya itu kecewa apabila Anwar sendiri mengaku beliau tak mahukan sebarang jawatan didalam kerajaan selepas Pakatan berada di puncak kuasa.

Apakah Anwar sudah hilang nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri, jawatan yang beliau idam-idamkan selama ini? Ataupun adakah Anwar sedang merancang sesuatu strategi yang ramai tak tahu?

Dalam satu kenyataan media, Ketua Umum PH itu menegaskan beliau tidak mahu sebarang jawatan dalam kerajaan manakala hubungannya dengan Mahathir amat baik selain menyokong semua usaha dilakukan Perdana Menteri untuk menyelamatkan negara.

"Cukuplah isteri saya, (Dr) Wan Azizah yang menerajuinya bersama Tun Dr Mahathir dan barisan kepimpinan yang lain.

Anwar juga mahu rakyat menjadi pemantau dan pengkritik kepada kerajaan bagi memastikan tadbir urus serta dasar yang dilaksanakan berada di landasan yang betul.

Katanya, rakyat memainkan peranan penting dalam memastikan kerajaan baharu tidak melakukan kesalahan dalam mentadbir negara.

"Saya beritahu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang saya akan mengajak rakyat untuk pantau setiap wakil rakyat, menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri yang juga isteri saya.

"Ini menjadi tugas kita sekarang, bukan untuk mencerca tetapi menegur dengan penuh kasih sayang bahawa tanggungjawab (kerajaan) ini perlu dilaksanakan dengan baik," katanya. - UN