Selepas berkahwin pasangan sejoli, Fattah Amin dan Nur Fazura memang sangat terbuka dalam berkongsi pelbagai aktiviti serta rutin mereka ...

Aksi Peluk Cium Fattzura Tak Sesuai Dengan Budaya Masyarakat Melayu


Selepas berkahwin pasangan sejoli, Fattah Amin dan Nur Fazura memang sangat terbuka dalam berkongsi pelbagai aktiviti serta rutin mereka sebagai suami isteri di media sosial.

Malah, pasangan itu juga sering dilihat tanpa segan silu berkasih sayang, berpelukan dan berinduan dihadapan orang ramai.

Senang kata, masih bahagia melayari alam perkahwinan sampai kalau boleh tak mahu berenggang langsung.

Mana tidaknya, baru berjauhan selama beberapa hari sahaja kerana urusan kerja awal Ramadan lepas, bukan main mengunung lagi perasaan rindu mereka itu sampaikan ditempat awam pun bermesra sakan.

Kalau tengok dalam video itu memang manja dan romantik betul Fattzura ini, boleh sampai tahap potong kaki. Mungkin sebab itu jugalah kenapa video itu mendapat perhatian serta menjadi bahan kritikan netizen.


Yang rata-ratanya kurang berpuas hati dengan perbuatan terlajak manja Fattzura itu sebab ia bukan saja ditempat awam tapi perbuatan seperti itu tidak bersesuaian dengan budaya kita.

Kalau ikutkan rasanya jarang lah nak nampak pasangan suami isteri lain bercumbu di hadapan khalayak ramai seperti itu. Jadi sebab itu, ramai netizen sarankan pasangan itu pergi bermanja di tempat lain atau dirumah sendiri sahaja.

Mungkin rindu mereka itu sudah tidak dapat ditahan sampai ke rumah jadi dekat kedai makan pun jadilah. Tapi, dalam bulan-bulan mulia ini, bukan hanya pakaian serta mulut saja yang kena dikawal tapi perbuatan juga.

Kalau buat dalam rumah sendiri awal-awal lagi pasti tak kena kecam teruk gini. Redho jelah ye. -utaranews.com