Meskipun sebelum ini pernah timbul isu dituduh mencuri hasil kerja orang lain selepas berkongsi lukisannya di Instagram tetapi itu tidak ...

Anzalna Mahu Jual Lukisan Untuk Bantu Golongan Memerlukan


Meskipun sebelum ini pernah timbul isu dituduh mencuri hasil kerja orang lain selepas berkongsi lukisannya di Instagram tetapi itu tidak mematahkan semangat Anzalna Nasir untuk terus melukis dan berkongsi hasil lukisannya itu dengan peminat di media sosial.

Tidak dinafikan memang cantik dan nampak real betul lukisan Anzalna itu, mungkin sebab itu juga mengapa ramai orang berminat mahu beli lukisan Anzalna itu.

Sehinggakan Anzalna turut putuskan ingin menjual hasil kerjanya itu tapi yang pastinya hasil jualan lukisan itu bukan milik Anzalna sepenuhnya.

Itu kerana sempena bulan Ramadan ini, Anzalna turut ingin beramal, dimana, dia telah putuskan yang 100% hasil jualan lukisan itu akan disalurkan sebagai bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Malah, harga lukisan itu juga tidak ditetapkan sebaliknya individu yang ingin membeli lukisan itu boleh menghubungi nombor telefon yang disediakan untuk sesi perbincangan.

Betul juga, sudah nama pun derma jadi pasti jumlahnya lebih baik dirahsiakan sebabnya itu lebih berkat dan mulia terutama sekali di bulan mulia ini.

Setakat ini, Anzalna baru sahaja melukis Eiffel Tower dan tidak sampai satu hari lukisan itu telah pun berjaya dijual. Tak sabar pula nak tunggu lukisan Anzalna yang seterusnya.  -utaranews.com