Awas kaki-kaki temberang diluar sana, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat katanya sedang dalam proses menyediakan hadiah yang sangat istimew...

Ayda Jebat Ada 'Hadiah Khas' Buat Kaki Temberang


Awas kaki-kaki temberang diluar sana, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat katanya sedang dalam proses menyediakan hadiah yang sangat istimewa buat anda semua. Apa hadiah itu?

Ia adalah single terbaru daripada Ayda yang bertajuk ‘Temberang’ dan Ayda sendiri sudah tidak sabar untuk melancarkan lagu itu.

Bukan hanya kerana ingin menujukannya pada kaki ‘temberang’ diluar sana tetapi juga kerana dia turut ada menyumbangkan lirik dan melodi untuk lagi ‘Temberang’ itu. 

Malah, lebih istimewa lagi, lagu ‘Temberang’ itu juga merupakan hasil kerjasama diantara Ayda dengan penyanyi dan komposer, Hael Husaini dan Ezra Kong.

Jadi, mungkinkah lagu ‘Temberang’ itu akan mempunyai ‘magik’ yang sama seperti lagu ‘Jampi’ nyanyian Hael sebelum ini?

Rasa tak sabar pula nak tunggu lepas hari raya Aidilfitri ini sebab lagu ‘Temberang’ itu akan dilancarkan selepas hari raya untuk beri peluang pada lagu-lagu raya dahulu.

Strategi sangat tuu, kalau keluar awal nanti kurang dapat perhatian sebab orang sibuk uruskan sambutan bulan puasa dan hari raya kann?

Apapun, kena tunggu selepas hari raya Aidilfitri ini, kaki-kaki ‘temberang’ diluar sana boleh lah siapkan diri untuk dengar lagu ‘istimewa’ daripada Ayda Jebat itu. – utaranews.com