Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Barisan Nasional (BN) buat kali pertama mengalami kekalah...

Barisan Nasional tunjuk kematangan bila redha terima kekalahan


Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Barisan Nasional (BN) buat kali pertama mengalami kekalahan, dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu, dan perlu menerimanya secara terhormat.

Beliau berkata, Barisan Nasional tunjuk kematangan bila redha terima kekalahan.

Kata beliau yang juga Bendahari UMNO, dalam politik di mana kemenangan dan kekalahan merupakan sebahagian daripada adat pertandingan.

“Mereka mengatakan sangat sukar untuk menerima sesuatu kekalahan atau kegagalan, malah lebih sukar lagi untuk menguruskan kemenangan atau kejayaan,” kata Salleh yang dipetik melalui laman blognya.

Pemimpin UMNO itu, dalam kekalahan atau kegagalan, perlu berusaha untuk memperbaiki diri agar dapat menjadi lebih baik.

Beliau berkata, sementara dalam kemenangan atau kejayaan pula, akan berdepan dengan risiko membenarkan diri alpa dengan kejayaan.

“Untuk pemenang pula, mereka perlu belajar supaya bermurah hati dalam sesuatu kemenangan.

"Kebebasan dan keadilan awam (Civil Liberties) bukan hanya mengenai perlunya ada perbicaraan yang adil di mahkamah tetapi juga cara bagaimana seseorang itu diperlakukan sebelum beliau diadili dan didapati bersalah.

“Pelanggaran terbesar kebebasan awam (Civil Liberties) adalah menafikan hak seseorang itu untuk dilayan dengan bermaruah,” tambah beliau.

Dalam Piihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), UMNO dan BN buat pertama kali tewas di peringkat persekutuan selepas 61 tahun berkuasa. -Utaranews.com