Kumpulan Kpop yang semakin mencipta nama diseluruh dunia iaitu Bangtan Boys atau BTS sekali lagi mencipta sejarah baru apabila berjaya me...

#BTS Pertahankan 'Title' Top Social Artist Buat Kali Kedua di #BBMA2018


Kumpulan Kpop yang semakin mencipta nama diseluruh dunia iaitu Bangtan Boys atau BTS sekali lagi mencipta sejarah baru apabila berjaya mempertahankan trofi ‘Top Social Artist’ di Billboard Music Awards 2018 (BBMA 2018) baru-baru ini.

Trofi yang merupakan kemenangan kedua mereka dalam katagori yang sama itu telah dinilai berdasarkan undian peminat di laman web rasmi Billboard dan Twitter dan kemenangan itu membuktikan aura BTS memang tiada tandingannya.

Itu kerana, dalam kemenangan mereka itu juga, kumpulan itu telah berjaya menewaskan beberapa artis terkenal Hollywood seperti Justin Bieber, Ariana Grande, Demi Lovato dan Shawn Mendes. Hebat bukan peminat BTS ini?

Lebih hebat lagi adalah kemenangan trofi ‘Top Social Artist’ itu juga bukan sahaja menjadikan BTS sebagai satu-satunya artis Kpop yang berjaya memenangi dua anugerah tetapi juga menjadi artis Kpop pertama yang berpeluang untuk mengadakan persembahan di acara berprestij itu.

Malah, sejak dari dicalonkan, peminat kumpulan itu yang mengelarkan diri mereka sebagai ARMY turut telah mencipta #IVoteBTSBBMAs dan menyebabkan # itu trending di Twitter.

Oleh itu, selaku wakil BTS, RM tampil mengucapkan rasa terima kasih pada peminat mereka diseluruh dunia yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan semangat kepada mereka untuk  terus berjaya.

Tahniah BTS dan ARMY. - utaranews.com