Isu lambakan warga asing di negara ini memang tidak dapat dinafikan lagi, jika sebelum ini warga asing yang berada di negara ini hanya be...

Bukit Mertajam sudah jadi "Pekan Bangla" di hujung minggu


Isu lambakan warga asing di negara ini memang tidak dapat dinafikan lagi, jika sebelum ini warga asing yang berada di negara ini hanya bekerja di sektor 3D. Namun, kini mereka sudah semakin berani dengan membuka premis perniaagaan di negara ini.

Sehubungan itu, kerajaan Pakatan Harapan diharap dapat mengambil serius dengan isu lambakan warga asing di negara ini di samping membatalkan lesen kedai atau perniagaan yang di usahakan oleh mereka.

Mengulas lanjut, Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) David Marshel berkata di Bukit Mertajam sudah menjadi seperti 'Pekan Bangla' apabila mereka mula menguasai lot kedai, pasar minggu dan pasar malam.

Beliau berkata, kehadiran warga asing di negara ini telah mendominasi kaum tertentu dan meraih kekayaan dengan membuka perniagaa di negara ini sedangkan rakyat tempatan sendiri sukar untuk berniaga dan menubuhkan syarikat.

“Bagaimana mereka begitu mudah mendapatkan lesen perniagaan tanpa sebarang sekatan walhal rakyat Malaysia sendiri berdepan dengan pelbagai dugaan ketika cuba berniaga atau menubuhkan syarikat?"katanya.

Jelasnya, jika rakyat tempata membuka perniagaan perlu membayar cukai dan pelbagai kos lain sedangkan warga asing membuka perniagaan tanpa perlu membayar sebarang cukai.

“Mereka membuat pelbagai aktiviti perniagaan selain dari kerja, kesian pada pemilik kedai runcit rakyat Malaysia yang tertekan dengan pelbagai kos tapi warga asing tidak perlu bayar apa-apa cukai tetapi masih mampu menjalankan perniagaan runcit dan kontraktor.

“Apa yang sangat menyedihkan, rakyat kita pula bertuankan warga asing. Dengan adanya kerajaan baru ketika ini, saya mohon keluh kesah ini segera diperdengarkan dan kerajaan baharu ini perlu bertindak membatalkan semua lesen kedai runcit milik warga asing,” katanya.

David berkata, hasil pemeriksaan warga asing mampu untuk membuka perniagaan kerana mereka menggunakan lesen milik rakyat tempatan yang disewakan kepada warga asing.

“Semua ini harus di hentikan segera. Lihat sahaja Bukit Mertajam yang kini menjadi ‘Pekan Bangla’ pada hujung minggu,” katanya. - Utaranews.com