Untuk mempunyai ciri-ciri calon suami idaman, ia tidak memerlukan seorang wanita itu supaya mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga....

Cari 5 Kriteria Dalam Calon Suami, Amira Othman Tak Serik Bercinta


Untuk mempunyai ciri-ciri calon suami idaman, ia tidak memerlukan seorang wanita itu supaya mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga.

Sebaliknya, ciri-ciri lelaki idaman dari awal sudah boleh ditentukan agar ia boleh menjadi panduan atau ‘guideline’ dalam memilih calon suami. Gituu~

Sama seperti penyanyi, Amira Othman yang walaupun belum berniat untuk berkahwin tapi Amira tidak lokek untuk mendedahkan lima kriteria yang dia lihat dalam memilih calon suami.

Mengakui dirinya adalah seorang yang sederhana, Amira turut mempunyai ciri-ciri yang sederhana sahaja dan ia hanyalah seorang yang berkerjaya, hormat orang tua, penyayang, bertanggungjawab serta boleh memimpin keluarga.

Haaa, sebegitu ringkas dan mudah saja rupanya ciri-ciri suami yang Amira mahukan. Tapi, sayangnya buat masa ini Amira bukan saja tidak fikir untuk berkahwin, rupaya bercinta juga masih belum mahu.

Sebabnya bukan kerana Amira serik bercinta selepas putus dengan pelajar AF 2013 tapi dia adalah kerana Amira ingin mencapai impiannya terlebih dahulu.

Kiranya, Amira nak beri perhatian pada kerjayanya sebagai penyanyi dahulu, lepas dah berjaya barulah fikir pasal kahwin.

Tidak mengapa, bila sampai masanya nanti, Amira pasti akan bertemu dengan jodoh Amira itu, dan waktu itu hati pasti akan terdetik untuk berkahwin. – utaranews.com