Bulan Ramadan bukan sahaja umat Islam berlumba-lumba memperbanyakan melakukan amal ibadah tetapi bulan Ramadan juga sebenarnya membuka ba...

Dapat RM 7000 sebulan hanya jual air tepi jalan


Bulan Ramadan bukan sahaja umat Islam berlumba-lumba memperbanyakan melakukan amal ibadah tetapi bulan Ramadan juga sebenarnya membuka banyak peluang perniagaan jika bijak mencari kesempatan.

Setiap kali bulan Ramadan, umat Islam khususnya di Malaysia memang tidak dapat dipisahkan dengan bazaar Ramadan. Di mana sahaja terdapat bazaar Ramadan pastinya akan sentiasa dipenuhi dengan ramai umat Islam yang mahu mencari juadah untuk berbuka puasa.

Antara peniaga yang mudah untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda pada bulan Ramadan ini adalah penjual air. Dengan hanya menggunakan kos yang paling jimat, peniagaan air boleh mendapat keuntungan mencecah RM7,000 sebulan.

Kos permulaan untuk menjalankan perniagaan air adalah rendah iaitu dengan hanya bermodalkan bawah RM1,000 seperti kanopi, meja, balang air dan sebagainya. Manakalan, kos untuk membuat air untuk dijual pula hanya memerlukan modal RM100.

Seorang peniaga bazaar Ramadan berkongsi mendapat keuntungan besar hanya dengan meniaga air.

"Tahun lepas sewaktu saya berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan saya mencecah lebih RM7,000. Apa yang lebih menarik lagi, pendapatan saya ini saya
perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!," katanya.

Malah, jika seseorang peniaga air itu kreatif dalam mencipta pelbagai menu baru pastinya ia akan menarik lebih banyak minat pelanggan seterusnya menambahkan lagi keuntungan peniaga.

Rakyat Malaysia ini sangat mudah tertarik dengan sesuatu keunikan dalam merasa pelbagai menu baru. Asalkan sedap dan diterima tekak pastinya akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebenarnya, setiap peniagaan itu perlukan usaha agar jualan terus meningkat. Mempelbagaikan aneka menu air pastinya akan menarik minat pelanggan. -utaranews