Memasuki hari keenam umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan, antara waktu yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat Islam ada...

Doa orang berpuasa sebelum waktu berbuka sangat mustajab


Memasuki hari keenam umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan, antara waktu yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh umat Islam adalah waktu berbuka.

Setelah setengah hari bertahan dari makanan dan minum, pastinya waktu berbuka adalah amat dinanti-nantikan. Namun, tidak ramai umat Islam mengetahui sebelum waktu berbuka adalah waktu mustajab doa di bulan Ramadan.

Seorang yang berpuasa dan memohon doa sebelum waktu berbuka, doa itu tidak akan ditolak oleh Allah SWT. Betapa rugi rasanya umat Islam yang mensia-siakan tempoh mustajab doa terbabit dengan hanya menanti waktu untuk berbuka puasa.

Seseorang itu boleh memohon doa kepada Allah apa sahaja yang diinginkan dan perkara ini disokong dengan sebuah hadis seperti berikut.

"Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzhalimi” (HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi) 

Ustaz Iqbal Zain berkongsi di media sosial facebook pengalaman dirinya semasa berada di Mekkah dan Madinah di mana kebanyakkan umat Islam di sana sangat memanfaatkan satu jam sebelum azan maghrib untuk memanjatkan doa kepada Allah.

"Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras," katanya.

Dianjurkan umat Islam yang berpuasa tidak melepaskan peluang ini untuk berdoa dan memohon doa kepada Allah. Antara doa yang penting untuk memohon adalah bagi urusan akhirat dan dunia, bagi diri sendiri, bagi orang yang dicintai dan untuk kaum muslimin. -utaranews