Seorang sahabat lama Datuk Seri Najib Tun Razak, muncul di luar rumah bekas perdana menteri itu dekat Taman Duta hari ini untuk melawat r...

DS Najib dikenakan tahanan rumah oleh Mahathir dan Pakatan?


Seorang sahabat lama Datuk Seri Najib Tun Razak, muncul di luar rumah bekas perdana menteri itu dekat Taman Duta hari ini untuk melawat rakannya tersebut dan juga memberi sokongan moral.

Bagaimanapun lelaki berkenaan tidak dibenarkan polis untuk memasuki kawasan rumah Najib.

Lelaki tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Abdul Rahim Abdul Rahman, 65, kelihatan tidak berpuas hati dan mempersoalkan layanan kerajaan Pakatan Harapan terhadap Najib.

"Adakah Najib di bawah tahanan rumah?," katanya kepada pemberita.

Abdul Rahim mendakwa dia adalah ahli Umno dari Port Dickson dan sebahagian daripada “Friends of Najib Club”.

Dakwanya, dia dan beberapa lagi rakan sudah membuat temu janji untuk bertemu Najib pada tengah hari Khamis.

Namun dia memutuskan untuk datang sejam setengah lebih awal.

"Najib diperlakukan seperti banduan politik atau jenayah tanpa didakwa.

"Dia (Najib) seorang lelaki yang kuat, berprinsip," kata Abdul Rahim.


Ketika sedang ditemubual media, sebuah kereta Mercedes berwarna kelabu dengan logo Jaksa Pendamai di tepi nombor pendaftaran kenderaan melepasi kawalan polis ke rumah Najib.

Namun tidak dapat dipastikan siapa di dalam kereta tersebut.

Sejak pagi Khamis, beberapa kereta polis dilihat keluar masuk dari kediaman Najib.

Polis masih lagi menggeledah kediamannya bagi mencari bukti berkaitan penyelewengan 1MDB.