Meskipun telah kembali semula ke dalam industri selepas berehat seketika berhubung isu panasnya, Izreen Azminda masih tetap dengan keputu...

Elak Netizen Bergaduh Dan Komen Sampah, Izreen Kekal Tutup Komen IG


Meskipun telah kembali semula ke dalam industri selepas berehat seketika berhubung isu panasnya, Izreen Azminda masih tetap dengan keputusannya untuk tidak membuka ruangan komen di Instagram-nya semula.

Itu semua adalah kerana, Izreen bukan sahaja enggan melihat perbalahan yang sering terjadi diantara peminat tapi juga tidak mahu melihat komen-komen keji dan sampah memenuhi ruangan komen Instagram-nya.

Malah, pada Izreen dengan berbuat seperti itu, hidup dia kini menjadi lebih tenang dan kehidupannya bertambah bahagia selepas melalui episod duka beberapa bulan lepas. Jadi, Izreen putuskan untuk terus menutup ruangan itu dari netizen. 

Tapi, sebenarnya memang patut pun Izreen tutup ruangan komen itu, komen-komen kritikan seperti itu hanya buat orang rasa lebih teruk sahaja. Bila tutup senang tiada sesiapa pun boleh tulis apa-apa disitu, memang tenanglah hidup.

Dapat lah juga bantu orang lain berhenti buat dosa. Perkara sudah lepas ini, kita lupakan dan ‘move-on’ saja, beri peluang pada Izreen dan Ude jalani kehidupan mereka dengan tenang kan lebih baik gituu. –utaranews.com