Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pembubaran beberapa agensi dan badan kerajaan. Agensi itu adalah Majlis Profes...

Empat Agensi yang dibubarkan oleh Mahathir bukan alat politik kerajaan


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan pembubaran beberapa agensi dan badan kerajaan. Agensi itu adalah Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jawatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Dr Mahathir berkata, agensi itu dibubarkan kerana telah dipergunakan pentadbiran dahulu untuk tujuan politik.

Namun, UNIT Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan membubarkan empat agensi terbabit dan menafikan agensi itu adalah sebagai 'alat politik'.

Menerusi kenyataan, keputusan yang dilakukan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) itu seperti satu bentuk hukuman kepada rakyat terutamanya JKKKP yang membantu kerajaan menguruskan segala masalah setempat.

“Keputusan itu tidak wajar sama sekali. Keputusan diambil pada mesyuarat pertama Kabinet PH pada 23 Mei itu lebih berupa satu bentuk ‘hukuman’ kepada rakyat, khasnya JKKKP yang selama ini memayungi mereka sebagai institusi menguruskan segala masalah setempat.

“Dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbiran setiap ceruk negara dipantau.

“SPAD, misalnya, ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Menurutnya, JKKKP sudah wujud di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir telah banyak membantu kerajaan dan masyarakat begitu juga dengan JASA.

“Keputusan itu tidak wajar sama sekali. Keputusan diambil pada mesyuarat pertama Kabinet PH pada 23 Mei itu lebih berupa satu bentuk ‘hukuman’ kepada rakyat, khasnya JKKKP yang selama ini memayungi mereka sebagai institusi menguruskan segala masalah setempat.

“JKKKP yang sudah wujud di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada era 1980-an banyak menabur bakti kepada masyarakat.

“Begitu juga dengan JASA. Kenapa baru sekarang Dr Mahathir menyedari ‘kesilapan dan kelemahannya’, jika ada?,” soalnya. - utaranews.com