Nampaknya populariti yang dimiliki oleh kumpulan idol Kpop iaitu Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS ini memang sangat mengagumk...

'Fake Love' Dari BTS Gagal Atasi Rekod Psy


Nampaknya populariti yang dimiliki oleh kumpulan idol Kpop iaitu Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS ini memang sangat mengagumkan.

Itu terbukti apabila muzik video terbaru kumpulan itu yang bertajuk ‘Fake Love’ telah berjaya meraih 35.9 juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan di YouTube.

Sememangnya itu adalah rekod yang sangat mengagumkan tapi bagaimanapun, jumlah 35.9 juta yang dikumpul kumpulan BTS itu masih gagal untuk mengatasi rekod yang dipegang oleh senior mereka, Psy.

Psy telah mencipta rekod apabila menjadi lagu kedua yang mendapat jumlah tontonan paling banyak dalam masa 24 jam di YouTube menerusi lagunya ‘Gentleman’ dengan rekod sebanyak 36 juta.

Namun, meskipun gagal kalahkan rekod Psy, BTS masih mencipta sejarah mereka tersendiri apabila berjaya menduduki kedudukan ketiga muzik video paling banyak tontonan dalam tempoh 24 jam.

Bersama-sama dengan Taylor Swift di kedudukan pertama menerusi lagu ‘Look What You Made Me Do’ dan juga senior mereka, PSY, ‘Gentleman’.

Tapi, tidak mengapa, sebabnya muzik video ‘Fake Love’ dikatakan telah menjadi muzik video paling banyak tontonan dalam masa 24 jam untuk tahun 2018 setakat ini.

Jadi, lagu ‘Fake Love’ BTS masih lagi menang dan tidak dinafikan lagi yang BTS adalah kumpulan Kpop paling berpengaruh di seluruh dunia. – utaranews.com