Nampaknya, semakin menjadi-jadi pula fenomena ‘superhero’ Marvel ini, kalau sebelum ini hanya barang keperluan biasa sahaja yang dihasilk...

Fareeda Pertaruhkan Tudung Batman Dan Superman


Nampaknya, semakin menjadi-jadi pula fenomena ‘superhero’ Marvel ini, kalau sebelum ini hanya barang keperluan biasa sahaja yang dihasilkan berinspirasi daripada karakter ‘superhero’ terkenal itu, tapi sekarang tidak lagi.

Fenomena itu telah mencapai tahap terbaru apabila syarikat tudung terkenal, Fareeda berkolaborasi dengan DC Comics Super Heroes untuk mengeluarkan tudung adiwira. Jangan bimbang ia bukanlah tudung yang penuh dengan wajah adiwira Marvel, sebaliknya ia hanyalah sekadar logo atau lambang ‘superhero’ itu sahaja.

Lambang diperbuat dan dikelilingi oleh batu jemaki dan ia menyerlahkan lagi keunikan dan kecantikan hijab 'superhero' Fareeda itu. Berita itu juga telah disahkan sendiri oleh pengasas Fareeda iaitu Mawar Karim menerusi perkongsian di media sosial sekitar tiga hari yang lalu.

Lebih mengejutkan, koleksi hijab terbaru Fareeda itu turut telah mendapat respon positif daripada netizen yang bukan saja mengagumi kekreatifan koleksi terbaru Fareeda itu tetapi mereka turut berasa teruja untuk memiliki koleksi hijab ‘superhero’ itu.

Yang pastinya hijab itu telah mula dijual sejak 17 Mei lalu di Johor Bahru City Square, Johor Baharu dan akan berlanjutan sehingga 13 Jun ini. Nampaknya raya tahun ini ramailah wanita diluar sana yang ada ‘superpower’, pasti laju saja potong ketupat, lemang nanti.. –utaranews.com