Setiap individu mempunyai citarasa mereka yang tersendiri dalam mencari pasangan hidup mereka dan begitu jugalah dengan pelakon dan penga...

Fikry Ibrahim Cari Wanita Kedekut Dan Sombong Untuk Jadi Isteri


Setiap individu mempunyai citarasa mereka yang tersendiri dalam mencari pasangan hidup mereka dan begitu jugalah dengan pelakon dan pengacara yang semakin mencipta nama dalam industri iaitu Fikry Ibrahim.

Siapa sangka disebalik wajahnya yang kacak dan menjadi kegilaan ramai gadis rupanya ciri-ciri wanita idaman Fikry sangat 'simple' iaitu dia hanya mahukan wanita yang bijak, pemalu, kedekut dan juga sombong sebagai pasangannya.

Uih, jaranglah dengar ada lelaki ataupun perempuan mahukan pasangan hidup mereka seorang yang kedekut dan sombong. Namun, rupanya ada maksud yang tersendiri disebalik ciri-ciri wanita idaman Fikry itu.

Yang mana, macam kita ketahui, kedekut itu sudah pastinya petanda yang wanita itu adalah seorang yang berjimat cermat dalam berbelanja, tapi untuk ciri sombong itu pula, Fikry mahukan itu sebab baginya wanita sombong itu adalah seorang yang setia.

Itu kerana, wanita sombong tidak akan dengan mudahnya melayan lelaki lain sebaliknya hanya akan setia dengan dirinya seorang sahaja. Wah, mendalam betul maksud ciri-ciri wanita idaman Fikry yang unik itu tapi ada betul juga kriteria itu.

Jadi, mana wanita yang rasa diri menepati ciri-ciri wanita idaman Fikry Ibrahim yang sekarang ini sedang hangat menerusi drama ‘Rahsia Hati Perempuan’ bersama Mira Filzah dan Uqasha Senrose itu bolehlah cuba nasib. Mana tahu berjodoh. –utaranews.com