Meskipun Nichkhun merupakan salah seorang anggota kumpulan idol Korea Selatan iaitu 2PM tetapi oleh sebab dia berasal daripada Thailand, ...

Filem ‘Brother of the Year’ Lakonan Nichkhun (2PM) Terajui Box-Office Thailand


Meskipun Nichkhun merupakan salah seorang anggota kumpulan idol Korea Selatan iaitu 2PM tetapi oleh sebab dia berasal daripada Thailand, jadi Nichkhun agak fasih bertutur dalam bahasa Thai.

Dan, itu mungkin juga menjadi penyebab mengapa Nichkhun telah dipilih untuk berlakon dalam filem Thailand bertajuk ‘Brother of the Year’ bersama dengan Sunny Suwanmethanont dan Urassaya Sperbund.

Hasilnya, filem ‘Brother of the Year’ itu dikatakan telah berjaya merampas kedudukan yang dipegang oleh filem Marvel, ‘Avengers: Infinity War’ dan menduduki kedudukan nombor satu di carta ‘box-office’ Thailand.

Filem yang mula ditayangkan pada 10 Mei lalu itu juga telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sehingga hanya dalam masa empat hari sahaja. Dimana, ia telah berjaya mengutip keuntungan kira-kira THB66 juta atau RM 8.2 juta.

Dengan pencapaian seperti itu juga, filem ‘Brother of the Year’ sekaligus menjadi filem Thai yang paling berjaya untuk tahun ini di Thailand bersama-sama dengan filem ‘Infinity War’ dan ‘Black Panther’. 

Mungkin filem itu akan menepa kejayaan sama seperti filem 'Bad Genius'? Tapi, sayangnya buat masa ini filem itu hanya ditayangkan di Thailand, China dan Taiwan sahaja. Masih belum ada kepastian sama ada ia akan ditayangkan di Malaysia ataupun tidak. 

Sementara itu, filem ‘Brother of The Year’ menceritakan mengenai seorang gadis Thai yang tinggal bersama abangnya yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memutuskan hubungan cintanya dengan Nichkhun. – utaranews.com