Siapa sangka disebabkan oleh kenyataannya berhubung ciri-ciri lelaki idaman hatinya sebelum ini, Zahirah MacWilson akan dihujani dengan ‘...

Golongan 'Pakcik Dan Bapa Orang' Cuba Try Zahira Macwilson


Siapa sangka disebabkan oleh kenyataannya berhubung ciri-ciri lelaki idaman hatinya sebelum ini, Zahirah MacWilson akan dihujani dengan ‘resume’ daripada ramai lelaki yang ingin mencuba nasib menjadi pasangan hidupnya.

Lebih mengharukan, menurut Zahirah antara yang paling banyak memberikan reaksi pada ciri-cirinya idamannya itu adalah dari individu bergelar ‘pakcik dan juga bapa orang’ yang turut sama tidak melepaskan peluang mencuba.

Situasi seperti itu membuatkan Zahirah berasa kelakar kerana dia hanya bergurau sahaja ketika memberi kenyataan itu pada wartawan, dan tidak menyangka orang akan memandang serius pada perkara itu.

Popular betul Zahirah ni, baru sebut sikit saja ciri-ciri lelaki idaman terus berduyun-duyun lelaki beranikan diri ‘DM’ Zahirah, sampaikan pak cik dengan bapa orang pon nak turut sama cuba nasib.

Namun, Zahiray tiadalah serius sewaktu mengatakan perkara itu, malah tidak menyangka yang netizen akan memandang serius sehinggakan ramai menghantar ‘DM’ ingin mencuba nasib, termasuklah juga golongan ‘pak cik dan juga bapa orang’. Hamboi, kerlas tauu~

Namun, bagaimanapun jangan bimbang, buat masa ini tiada sesiapa lagi yang ‘melekat’, sebaliknya itu semua hanyalah sekadar gurauan, kerana Zahirah masih lagi 'single' dan berjanji akan beritahu pada orang ramai jika dirinya sudah menemui pengganti.

Dah kalau ramai 'DM' Zahirah itu maknanya banyaklah ye lelaki di Malaysia ini yang tidak 'handsome' tapi kelakar dan boleh menghormati orang tua seperti yang Zahirah mahukan... – utaranews.com