Sepanjang bulan Ramadan antara yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam adalah berkunjung ke bazar Ramadan. Di sini terdapat pelbagai jenis m...

Gulai dan kuih di Bazar Ramadan berisiko dicemari bakteria


Sepanjang bulan Ramadan antara yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam adalah berkunjung ke bazar Ramadan. Di sini terdapat pelbagai jenis makanan, lauk-pauk, kuih-muih dan sebagainya.

Bagaimanapun, terdapat antara makanan yang di jual di bazar Ramadan di Terengganu antara berisiko dicemari bakteria. Makanan terbabit adalah terdiri daripada makanan berasaskan gulai dan kuih-muih.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar memaklumkan, selain makanan terbabit antara juadah makanan yang dijual mempunyai risiko bakteria adalah pelbagai jenis masakan berasaskan ayam.

Beliau menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membeli juadah berbuka puasa di lokasi berkenaan dan menitik beratkan aspek kesihatan dengan melakukan amalan dilakukan kempen Jabatan Kesihatan iaitu lihat, hidu dan rasa.

“Setakat ini saya tidak menerima apa-apa aduan mengenai makanan yang dikitar semula.

“Tetapi jika pengguna mendapati makanan yang dibeli sudah berbau, berbuih, rasa yang bertukar masam atau perubahan-perubahan lain daripada sifat asal, kita minta mereka segera membuat aduan di mana-mana pejabat kesihatan daerah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohammad berkata, pihaknya telah mengambil sebanyak 43 sampel makanan yang dijual di bazar Ramadan tahun lalu menunjukkan makanan terbabit tidak mematuhi standard yang ditetapkan.

Jelasnya, daripada jumlah sampel terbabit 15 sampel didapati telah dicemari dengan bakteria Bacillus Cereus di samping 15 sampel Coliform manakala 13 sampel (Staphylococcus Aureus).

“Sehingga kelmarin sebanyak 418 daripada 4,246 premis bazar Ramadan di seluruh negeri telah diperiksa dengan 387 buah mendapat markah 80 peratus dan ke atas manakala 31 buah (79 peratus),” katanya. -utaranews.com