Kaki pancing tempatan sering kali menjadikan perairan negara ini sebagai lubuk untuk memancing ikan. Ada antara menjadikan memancing seba...

'Hantu Hitam' cemari ekosistem empangan, sungai dan tasik


Kaki pancing tempatan sering kali menjadikan perairan negara ini sebagai lubuk untuk memancing ikan. Ada antara menjadikan memancing sebagai hobi, dan ada juga menjadikan sebagai sumber pendapatan.

Namun, pemancing tempatan telah menyuarakan rasa kebimbangan terhadap spesies ikan tempatan akan pupus kerana terdapat ancaman dua spesies karnivor dari benua Afrika telah mula memasuki kawasan perairan negara ini.

Dua spesies ikan, pertamacichlid yang dikenali sebagai earth eater atau pemakan bumi (geophagus steindachneri) dan kedua, dikenali sebagai black ghost knifefish (apteronotus albifrons), berasal dari Amerika Selatan.

Spesies ini dibimbangi memberi ancaman kepada spesies tempatan kerana spesies ini memakan udang, ikan kecil, serangga dan larvanya yang mampu hidup sehingga lima tahun.

Selain itu, hidupan air itu turut dikenali sebagai 'hantu hitam' oleh pemancing adalah spesies ikan karnivor yang mampu menghasilkan renjatan elektrik lemah untuk mencari makanan.

Penyelidik perikanan dan pemancing tempatan berkata kehadiran spesies ikan pemangsa benua Afrika ini mampu memusnah ikan tempatan yang menghuni sungai, empangan dan tasik di negara ini.

Mengulas lanjut, Penyelidik dan Pakar Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Amiruddin Ahmad berkata, kehadiran pemangsa benua Afrika ini berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab penggemar ikan hiasan melepaskan spesies terbabit di sungai tempatan.


“Tindakan melepaskan ikan pemangsa dari benua Afrika itu sangat tidak bertanggungjawab dan langsung tidak memikirkan survival ikan tempatan.

“Ketika masih kecil, ia menjadi ikan peliharaan, tetapi apabila semakin besar dan sukar dipelihara ia cenderung melepaskannya ke sungai. Ini punca masalah,” katanya.

Amiruddin berkata, spesies ini memberi ancaman kepada spesies ikan tempatan kerana ikan tempatan tidak mampu untuk bersaing dengan raksasa Amazon.

“Spesies seperti peacock bass, keli ekor merah, keli Afrika dan patin chaophraya, mungkin dibebaskan di sungai sebagai ikan yang memberi kepuasan kepada pemancing kerana saiz spesies ini yang membesar.

“Tetapi mereka gagal melihat ikan ini turut mempunyai selera makan besar. Akibatnya, ikan tempatan, termasuk toman gergasi (snakehead) hilang dari habitat semulajadinya.

“Spesies ikan kita tidak dapat bersaing dengan raksaksa Amazon,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pemancing tempatan yang berjaya menangkap spesies amazon itu tidak akan kembali melepaskan ke sungai untuk mengelakkan kepupusan ikan tempatan. - utaranews.com