Kedatangan bulan mulia, bulan Ramadhan adalah satu perkara yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia. Ia kerana ...

Izreen Azminda Teruja Berpuasa Disamping Suami


Kedatangan bulan mulia, bulan Ramadhan adalah satu perkara yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia.

Ia kerana sepanjang bulan ini bukan hanya boleh menumpukan perhatian pada ibadah sahaja tetapi ia juga bulan untuk merapatkan hubungan sama keluarga dan juga bersama pasangan tidak kira pasangan sudah lama atau baru sahaja berkahwin.

Tapi, kalau baru kahwin itu pasti sambutan bulan Ramadhan tahun ini lebih istimewa kerana dapat menyambutnya bersama dengan orang disayangi seperti yang dirasai oleh pelakon, Izreen Azminda.

Mana tidaknya, selepas beberapa tahun menyambut kedatangan Ramadhan berdua dengan anaknya sahaja, Ramadhan Izreen tahun ini berubah menjadi lebih istimewa sebabnya tahun ini Izreen menyambut bulan puasa bersama dengan suaminya yang tercinta iaitu Ude Wahid.

Malah, atas sebab itu juga, Izreen merasakan bulan puasa tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya sehinggakan dia berasa tidak sabar lagi untuk memasak juadah kegemaran suaminya itu.

Untung buat Izreen adalah Ude tidak terlalu memilih bab makanan, asalkan makanan itu pedas, sudah cukup buat Ude. Senang Izreen tak perlu susah-susah fikir juadah apa hendak dimasak.

Tapi, nampaknya bukan hanya bulan puasa tahun ini saja istimewa tapi rasanya Hari Raya nanti juga akan jadi yang teristimewa juga untuk Izreen.

Apa yang penting sekarang ini jelas terpancar kebahagiaan Izreen. Harap tiadalah kisah duka melanda rumah tangga mereka dan scemoga kebahagiaan itu berkekalan sehingga ke Jannah. –utaranews.com