Mungkin bagi sesetengah wanita dapat bakal suami bergelar jutawan atau seseorang yang mempunyai kewangan yang stabil adalah satu bonus un...

Janna Nick Tak Pilih Lelaki Kaya Untuk Jadikan Suami


Mungkin bagi sesetengah wanita dapat bakal suami bergelar jutawan atau seseorang yang mempunyai kewangan yang stabil adalah satu bonus untuk mereka tapi itu berbeza pula dengan pelakon dan penyanyi, Janna Nick.

Memegang prinsip ‘tidak mudah dibeli dengan wang ringgit’, Janna akui dia bukan seorang yang suka bergantung harap pada orang lain, sebaliknya dia lebih selesa hidup mengunakan wang hasil pencariannya sendiri.

Jadi, atas sebab itu juga Janna akui dia takut jika didekati golongan seperti itu. Malah, jika diberi pilihan dia pasti akan berusaha untuk mengelak daripada berkawan dengan golongan seperti itu.

Itu kerana, pada Janna harta, kekayaan semua itu bukan penentu kebahagiaan dan janna juga tidak mahu menjadi wanita yang mudah dibeli dengan wang ringgit. Oleh itu, Janna tidak meletakkan lelaki kaya sebagai kriteria lelaki idamannya.

Sebaliknya Janna lebih mahukan lelaki yang rajin menjadi pasangannya supaya boleh bantu menguruskan perniagaannya tapi jika seorang yang pemalas memang Janna akan tendang saja orang itu.

Tapi itu semua hanyalah apa yang Janna mahukan, jodoh sebenar hanya Allah sahaja yang tahu lagi pula Janna masih muda. Namun, sebagai perempuan ada pandangan seperti sangat bagus, sekurang-kurangnya lelaki tidak anggap semua perempuan itu 'mudah dibeli'.

Tambah perempuan zaman sekarang ini yang lebih ramai pilih hidup berdikari. -utaranews.com