Ketagihan menonton pornografi memang tidak dapat dinafikan mampu memberi kesan yang besar kepada keruntuhan institusi kekeluargaan sehing...

Ketagih pornografi penghalang untuk jadi ayah yang baik


Ketagihan menonton pornografi memang tidak dapat dinafikan mampu memberi kesan yang besar kepada keruntuhan institusi kekeluargaan sehingga menyebabkan penceraian selain menyebabkan seseorang individu itu gagal menjadi ayah yang baik.

Pengaruh pornografi ini memang amat membimbangkan apabila ia terlalu mudah diakses malah mempunyai pelbagai kategori untuk mengikut selesa pengikutnya.

Malah, pornografi juga melalui proses yang sama seperti ketagihan dadah dan alkohol. Ketagihan pornografi ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu itu sendiri sebaliknya turut terkena tempias adalah isteri dan anak-anak kata seorang pakar NGO yang menguruskan kes penderaan seksual.

“Tidak, pada awalnya ia bersifat aktiviti individu tetapi mereka yang ketagih ini tidak akan pernah puas dengan apa yang ditonton. Sebagaimana ketagihan dadah, semakin lama ketagih, semakin tinggi dos yang diperlukan, begitu juga dengan pornografi.

"Ada yang melampiaskan nafsu pada darah daging sendiri apabila berada di kemuncak ketagihan. Isteri sudah tidak memberi apa-apa makna lagi. Isteri hanyalah pada lafaz “Aku terima nikahnya…” itu sahaja.

Ayah yang ketagihan pornografi tidak dapat menjadi ayah yang baik kerana menonton pornografi menyebabkan saraf otak rosak, karakter berubah dan hilang minat untuk menjadi seorang ayah yang baik.

Minat seorang ayah yang ketagih pornografi ini hanya pada ketagihan mereka sahaja dan akan mencari cara untuk memenuhi nafsu serakah mereka seterusnya tidak akan berfungsi sebagai manusia yang normal.

Menjadi seorang ibubapa yang baik memerlukan komitmen yang tinggi. Apabila diri sudah ketagih pada pornografi seseorang ayah tidak dapat untuk menjalankan komitmen terbabit kerana terlalu ghairah dengan ketagihannya.

Namun, seseorang itu boleh untuk menghentikan ketagihan pornografi untuk jangka masa panjang secara perlahan-lahan. Tetapi, seseorang itu memerlukan komitmen dan keinginan yang tinggi.

Jauhilah menonton pornografi kerana gejala itu dilihat tidak mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya menyebabkan keruntuhan rumahtangga seterusnya memberi kesan kepada anak-anak dan isteri yang tidak bersalah. -utaranews