Baru-baru ini timbul satu khabar angin mengatakan tempat pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad sebagai pengacara rancangan bual bic...

Kontrak Nabil Sebagai Hos MeleTOP Sehingga 2019


Baru-baru ini timbul satu khabar angin mengatakan tempat pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad sebagai pengacara rancangan bual bicara terkenal, MeleTOP bakal digantikan dengan orang lain?

Siapa pengganti itu tak tahu lah pula tapi lepas dengar berita itu terus rasa macam kurang ‘best’ saja kalau Nabil tidak akan mengacarakan lagi rancangan MeleTOP itu. Nabil dengan MeleTOP dah sebati.

Walaupun pernah mengundang pengacara jemputan mengantikan Nabil, tapi rasanya tiada sesiapa lagi yang boleh tandingi cara Nabil mengendalikan rancangan itu.

Namun, rupanya itu sekadar khabar angin sahaja kerana menurut tuan empunya badan selain dari tidak tahu menahu mengenai ‘perkara’ itu, dia juga sebenarnya tidak pernah berniat untuk tinggalkan program itu.

Itu kerana dia sangat menyukai tugasnya sebagai pengacara rancangan itu yang telah digalas sejak tahun 2012 itu lagi. Malah, kontraknya sebagai pengacara rancangan itu juga sehingga tahun 2019.

Jadi, Nabil menganggap perkara itu hanyalah satu khabar angin yang tidak betul melainkan dia diberitahu sendiri oleh pihak produksi MeleTOP. Kalau sampai tahun 2019 itu maknanya lama lagi lah perjalanan Nabil dengan MeleTOP.

Harap perkara itu benar-benarlah hanya satu khabar angin sahaja. – utaranews.com