Baru-baru ini, wujud satu laman sesawang untuk Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) dikatakan telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesih...

Laman sesawang Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) adalah palsu


Baru-baru ini, wujud satu laman sesawang untuk Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) dikatakan telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan.

Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) adalah satu sistem rawatan yang ideal di mana pesakit mendapat rawatan daripada pakar dan kemudahan bertaraf swasta dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, pesakit juga akan dapat memendekkan jangka masa menunggu untuk rawatan dan pembedahan melalui skim ini. Antara caj yang dikenakan untuk tempahan perkhidmatan terbabit adalah RM10.60.

Namun, Kementerian Kesihatan berkata pihaknya telah mengenalpasti satu laman sesawang iaitu myfpp.com.my yang menyediakan perkhidmatan tempahan terbabit sebenarnya adalah palsu.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min menjelaskan, laman sesawang itu telah menawarkan perkhidmatan terbabit sedangkan pihak kementerian tidak pernah membenarkan mana-mana pihak menerbitkan laman sesawang terbabit.

Katanya, selain itu laman sesawang terbabit juga telah menggunakan logo Kementerian Kesihatan tanpa kebenaran adalah salah.

"Sekiranya orang awam menerima sebarang risalah atau Whatsapp mengenai perkhidmatan ini, dinasihatkan untuk membuat laporan di balai polis dengan segera.

"Pihak kementerian juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini," katanya. - utaranews.com