Logo 1Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Negeri Sembilan di Plaza Angsana, Ampangan di sini, diturunkan pagi ini. Tinjauan NSTP, ...

Logo 1Malaysia buat kerajaan Pakatan sakit mata...


Logo 1Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Negeri Sembilan di Plaza Angsana, Ampangan di sini, diturunkan pagi ini.

Tinjauan NSTP, mendapati kerja-kerja menurunkan logo terbabit menggunakan dua kren bermula jam 11 pagi sebelum berakhir sejam kemudian.

Logo 1Malaysia adalah cetusan idea bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan akan menukar gagasan 1Malaysia kepada slogan baharu.

Hanya terdapat satu logo gergasi 1Malaysia dipasang di UTC pertama di Negeri Sembilan yang beroperasi selepas bangunan diubah suai dengan kos RM25 juta itu dirasmikan Najib pada 29 November tahun lalu.

Ia menempatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Lembaga Tabung Haji, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) serta kemudahan klinik UTC dan klinik gigi.

Selain itu, UTC yang bertujuan memudahkan urusan masyarakat dalam mendapatkan perkhidmatan awam di satu lokasi itu turut mempunyai 16 lot perniagaan.