Berdasarkan sejarah lepas, bukan mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan pendekatan sama untuk memenjarakan bekas perdana mente...

Mahathir akan guna pendekatan sama penjarakan Najib.. - Lokman Adam


Berdasarkan sejarah lepas, bukan mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan pendekatan sama untuk memenjarakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau berkata, jika dilihat senario semasa, ia menunjukkan tanda-tanda bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu bakal menuju ke penjara.

"Saya begitu yakin Najib akan ke penjara kerana saya pernah melalui proses ini bagaimana zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1998 hingga 2003.

"Dulu saya pernah lapan kali di lokap pernah di tahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sekali tapi dua kali.

"Zaman Tun M dulu beliau kawal semua dan senjatanya adalah ISA, jadi lipatan dahulu mengingatkan kita kepada Mahathir," katanya dalam satu kenyatan.

Ditanya tentang 'tanda-tanda' bekas perdana menteri keenam itu bakal menuju ke tirai besi, Lokman Noor berkata ini berdasarkan kepada tiga perkara.

"Pertama ketika dilantiknnya Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, beliau secara jelas dilihat mempunyai dendam kesumat kepada Najib.

"Kedua tentang Jabatan Pendaftar Negara (ROS) dan ketiga mengenai tindakan pertukaran Peguam Negara," jelas beliau.

Semalam, Najib tampil di Ibu Pejabat SPRM bagi proses mengambil keterangan bekas perdana menteri itu berhubung siasatan kes anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd. - Utaranews.com