Parti Tindakan Rakyat (PAP) merupakan salah satu daripada parti politik di negara Singapura. Parti berkenaan ditubuhkan pada tahun 1954. ...

Mahathir mahu rakyat Singapura gulingkan kerajaan PAP?


Parti Tindakan Rakyat (PAP) merupakan salah satu daripada parti politik di negara Singapura. Parti berkenaan ditubuhkan pada tahun 1954. Parti ini juga sudah mentadbir negara Singapura sejak tahun 1959 sehingga kini.

Dalam Pilihan Raya Umum Singapura ke 17 tahun 2015, PAP yang sebelumnya mendapat sebanyak 79 kerusi Parlimen telah memperbaiki kedudukannya lebih baik dengan memenangi 83 daripada 89 kerusi yang dipertandingkan.

Namun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah mahu rakyat Singapura menggulingkan kerajaan PAP yang sudah berpuluh tahun memerintah negara terbabit.

Dalam satu temu bual bersama Financial Times, Mahathir berkata rakyat Singapura  boleh menjadikan tindakan rakyat negara ini menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 9 Mei lalu sebagai inspirasi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), menyaksikan buat kali pertama BN yang telah memerintah negara ini selama enam dekad tewas, sehingga membolehkan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara.

Beliau berkata, rakyat Singapura boleh mencontohi negara ini yang memilih kerajaan baharu pada PRU-14 lalu.

Kata Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), rakyat Singapura, seperti juga rakyat Malaysia, tentu sudah bosan dengan kerajaan yang sama sejak merdeka

"Saya fikir rakyat Singapura, seperti juga rakyat Malaysia, tentu sudah bosan dengan kerajaan yang sama sejak merdeka," kata Perdana Menteri itu.

Sudah maklum, sebelum dilantik kembali menjadi Perdana Menteri, Pengerusi PPBM  itu sudah menyandang jawatan nombor satu negara itu dari tahun 1989 hingga 2003.

Hubungan antara negara ini dan Singapura boleh dikatakan tidak begitu baik ketika Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri. - Utaranews.com