Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini adalah sebaik-baik hari di atas muka bumi. M...

Mufti kongsi 10 kebaikan berpuasa untuk umat Islam


Puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini adalah sebaik-baik hari di atas muka bumi.

Malah, banyak kelebihan dan kebaikan yang diberikan kepada umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkongsi 10 kebaikan bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan ini.

1. Kurang berat badan. Kebanyakkan umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadan ini memang tidak dapat dinafikan dapat mengurangkan berat badan mereka. Kerana seseorang itu dapat mengurangkan kalori iaitu tiga hidangan sehari iaitu sarapan, tengah hari dan makan malam.

2. Kawal diri. Puasa dapat mengajar seseorang itu untuk mengawal diri dari pelbagai godaan antaranya nafsu makan, merokok dan sebagainya.

3. Kurangkan gula dalam darah. Pengambilan gula (glukos) ketika sahur disekat selama 14 jam sehingga waktu berbuka dapat menstabilkan glukos darah dan meningkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.

4. Kurangkan kolestrol. Dapat kurangkan kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.

5. Kurangkan tekanan darah. Puasa dapat mengurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Perkara ini berlaku apabila gabungan tahap insulin yang lebih rendah dan glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.

6. Ubah gaya hidup. Puasa ini sedikit sebanyak mengubah gaya hidup yang sering diamalkan sebelum ini seperti tabiat buruk merokok, makan berlebihan dan sebagainya.

7. Rehat. Puasa dapat memberi kita masa untuk rehat bukan sahaja rehat masa tetapi juga rehatkan sistem penghadaman, minda dan badan.

8. Bantu buang ketagih. Puasa antara bulan yang boleh dijadikan sebagai bulan untuk buang ketagihan seperti merokok, minum kopi berlebihan dan sebagainya.

9. Kawal stress. Bulan puasa umat Islam banyak melakukan amal ibadah seperti terawih, berzikir seterusnya mengalih fokus untuk mengurangkan stress.

10. Selain semua lebihan di atas. Puasa di bulan Ramadan mempunyai banyak kelebihan untuk diri sendiri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturahim dan lain-lain lagi. -utaranews.com