Kalau sebut nama Mulan Jameela yang terkenal dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ itu pasti akan teringat pada imejnya yang tersangat...

Mulan Jameela Mahu Jual Semua Pakaian Seksi Selepas Bertudung


Kalau sebut nama Mulan Jameela yang terkenal dengan lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ itu pasti akan teringat pada imejnya yang tersangat seksi itu.

Namun, kini imej seksi itu sudah tiada lagi apabila Mulan yang juga isteri kepada Ahmad Dhani memutuskan untuk berubah dengan memakai hijab sepenuhnya.

Keputusan itu dibuat Mulan selepas pulang daripada Palastine bersama Ahmad Dhani sekitar bulan April lalu.

Dan, tentu sahaja perubahan positif Mulan itu telah mendapat sokongan penuh suaminya yang memang telah lama menginginkan Mulan berubah.

Oleh itu, atas perubahannya itu juga, Mulan turut perlu mengubah gaya penampilan, dimana dia juga sudah tidak lagi boleh memakai pakaian yang seksi seperti sebelum ini.

Jadi, meskipun agak sukar buatnya tetapi Mulan akhirnya memutuskan untuk menjual koleksi pakaian seksi miliknya yang dikatakan tidak terbilang banyaknya itu.

Namun, itu bukan satu perkara yang baru buat Mulan sebab sebelum ini pun Mulan sering memberikan bajunya ke rumah kebajikan atau saudara maranya.

Cuma bezanya kali ini, Mulan akan menjual atau melelong pula koleksi pakaian seksinya itu bersama dengan rakan-rakannya.

Bertudung atau tidak Mulan Jameela tetap 'maintain' cantik, sekali pandang dah macam wanita Arab pun ada. – utaranews.com