Bulan-bulan puasa ini pasti saja kejadian tanpa sedar yang akan kita alami, sebagai contohnya seperti yang berlaku pada seorang penguna T...

"Nasib baik masuk kereta Sufian Suhaimi.., bukannya kereta Azwan Ali.."


Bulan-bulan puasa ini pasti saja kejadian tanpa sedar yang akan kita alami, sebagai contohnya seperti yang berlaku pada seorang penguna Twitter bernama @bulanibnrhmn.

Akibat terlebih ‘confident’ menyangkakan kereta ada itu adalah GrabCar-nya, dia bukan hanya telah tersilap masuk kereta, tetapi siap pekej masukan bagasi di tempat duduk belakang lagi.

Namun, selepas duduk di bahagian sebelah penumpang barulah dia tersedar yang kereta itu bukanlah GrabCar-nya sebaliknya kereta milik penyanyi, Sufian Suhaimi.

Kejadian memalukan dan kelakar itu telah dikongsikan lelaki itu di Twitternya, dan ia turut mendapat reaksi daripada Sufian yang turut berasa terkejut dengan situasi spontan itu.


‘Tweet’ itu juga telah membuatkan pengguna lain berasa terhibur dan dapat merasai perasaan ‘malu’ lelaki itu sambil berkongsi pengalaman mereka.

Tidak kurang juga ada yang sempat bergurau mengatakan nasib baik dia tersilap masuk kereta Sufian dan bukannya Azwan Ali. Opps~


Aduh menghiburkan hati betul. Nasib baik kereta Sufian dan yang tersilap itu adalah lelaki sebab perkara ini boleh jadi membahayakan juga terutama sekali pada orang perempuan.

Jadi, sebelum masuk kereta Grab itu dengan penuh keyakinan, periksa dan pastikan dulu nombor plate kereta adalah betul. – utaranews.com