Sempena kedatangan bulan Ramadan ini ramai orang cuba mengambil keberkatan bulan mulia ini dengan memberi tumpuan pada kegiatan amal ibad...

Netizen Doakan Fazura Kekal Berhijab


Sempena kedatangan bulan Ramadan ini ramai orang cuba mengambil keberkatan bulan mulia ini dengan memberi tumpuan pada kegiatan amal ibadah tidak kira sama ada dia adalah netizen biasa mahupun golongan selebriti.

Malah, sebagai tanda menghormati bulan mulia ini juga terdapat segelintir individu dilihat mula menitikberatkan perihal aurat dengan yang cuba menutup aurat seperti memakai tudung atau pakaian yang tidak menjolok mata.

Seperti yang dilakukan oleh pelakon terkenal yang juga isteri kepada Fattah Amin iaitu Nur Fazura. Kalau perasan sejak masuk bulan puasa beberapa hari lalu, Fazura dilihat berkongsi beberapa gambarnya memakai hijab di Instagram.

Bukan sekadar berhijab seperti terlibat dalam aktiviti Islamik sahaja tetapi ketika pergi ke Singapura atas urusan kerja juga, Fazura dilihat masih mengekalkan imej berhijabnya itu.

Itu semua telah membuatkan netizen dan peminat Fazura berasa sangat teruja bukan hanya kerana pelakon itu kelihatan cantik apabila memakai tudung tetapi tidak putus berharap dan mendoakan supaya Fazura mengekalkan imejnya itu walaupun Ramadan telah berakhir.


Malah, perkongsian Fazura itu juga turut mendapat usikan daripada suaminya yang turut memuji kecantikan Fazura, jatuh hati lagi lah Fattah nampaknya. Mungkin berhijab di sepanjang bulan puasa ini adalah sebagai permulaan untuk Fazura belajar berhijab.

Mana tahu, selepas bulan Ramadan ini, berkat doa peminat-peminatnya, Fazura akan terus kekal berhijab. Apa pun, doakan yang terbaik untuk Fazura. –utaranews.com