Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, pengasas kosmetik terkenal, Safiey Illias telah mengambil kesempatan itu serta bulan Ramadan...

Pencarian hidayah yang hilang oleh Safiey Ilias


Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, pengasas kosmetik terkenal, Safiey Illias telah mengambil kesempatan itu serta bulan Ramadan ini untuk mengadakan dua majlis sekali.

Iaitu, majlis sambutan hari jadinya dengan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak tahfiz dan anak-anak yatim di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur.

Beberapa gambar sambutan majlis itu turut telah dikongsikan oleh Safiey yang tampil anggun memakai busana berwarna putih di Instagram-nya.

Namun, dalam banyak-banyak perkongsiannya itu, salah satu kapsyen pada gambar Safiey bersama pelajar tahfiz itu telah menarik perhatian ramai.

Itu kerana dalam kapsyennya itu, Safiey meluahkan yang dia sebenarnya sedang berusaha mencari hidayah yang hilang dalam dirinya selama ini sambil menjelaskan keadaan dirinya.


Perkongsian menyentuh hati Safiey itu, telah mendapat reaksi yang postif apabila rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata sokongan serta dorongan padanya supaya terus mencari hidayah itu.

Mungkin secara luaran apa yang dibuat oleh Safiey itu adalah salah tapi kita sebagai manusia biasa tidak bolehlah terlalu cepat menghukum seseorang itu berdasarkan luaran mereka sahaja.

Sebaliknya, dari menghukum adalah lebih baik jika sama-sama mendoakan semoga Safiey mendapat hidayah dan kembali semula ke jalan yang benar dan diredahi Allah. – utaranews.com