Sepanjang bulan Ramadan ini, Kementerian Kesihatan telah menjalankan Ops Ramadan sekitar Alor Setar. Hasil Ops terbabit terdapat sebanyak ...

Pilih gerai bersih sebelum beli makanan di Bazar Ramadan


Sepanjang bulan Ramadan ini, Kementerian Kesihatan telah menjalankan Ops Ramadan sekitar Alor Setar. Hasil Ops terbabit terdapat sebanyak 15 notis kompaun telah dikeluarkan kepada pengendali makanan di negeri terbabit.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail memaklumkan pihaknya telah menjalankan Ops terbabit di hampir 96 bazar Ramadan di negeri itu.

Beliau berkata, daripada jumlah bazar yang dilakukan pemeriksaan itu sebanyak 886 gerai makanan dan premis telah dikompaun iaitu tiga di Kulim, satu di Yan, lima di Padang Terap dan enam di Kubang Pasu.

"Sebanyak 15 kompaun dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai apron dan tidak mementingkan kebersihan serta suntikan tifoid.

"Namun jumlah kompaun yang bakal dikenakan adalah bergantung pada kesalahan yang dilakukan dan ada yang RM100, RM200 dan RM250," katanya.

Dr Norhizan menjelaskan, operasi itu dilakukan untuk melihat aspek kebersihan dan premis makanan selain memberi penekanan aspek pendidikan kepada pengunjung yang datang membeli juadah di bazar Ramadan.

Jelasnya, pengunjung juga dapat menjadi pengguna yang bijak untuk memerhati dan memilih gerai yang bersih, tiada sampah sarap, dan makanan yang ditutup sebagai makanan yang harus dibeli.

"Selain itu pengguna dapat membezakan pengendali makanan yang menjaga kebersihan dan yang tidak menjaga serta mengendahkan kebersihan.

"Pengendali makanan juga tidak dibenarkan merokok ketika memegang makanan, menggunakan sarung tangan ketika mengambil makanan serta memotong kuku, memakai penutup kepala dan apron.

"Selain itu saya nasihatkan pengguna supaya "Lihat, Hidu dan Rasa" dahulu makanan yang hendak dibeli supaya tidak terbeli makanan basi dan mudah rosak," katanya.  -utaranews.com