Sebuah video menunjukkan gambar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan dan dilemparkan diatas lantai dihadapan guru ...

Sekolah Menengah di Melaka campak gambar Najib dikecam netizen


Sebuah video menunjukkan gambar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan dan dilemparkan diatas lantai dihadapan guru dan pelajar sebuah sekolah menjadi viral semalam.

Insiden dipercayai berlaku di dalam dewan Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC), Melaka berikutan kelihatan lambang sekolah berkenaan pada bangunan dewan.

Video berdurasi 23 saat itu mempamerkan seorang lelaki dipercayai kakitangan sekolah memanjat tangga untuk menurunkan gambar Najib dan menyerahkan kepada seorang lagi kakitangan yang kemudiannya bertindak melemparkan gambar tersebut diatas lantai.

Kejadian dikatakan berlaku semasa sambutan hari guru yang disambut seluruh negara, semalam, namun cubaan Malaysian Digest cuba menghubungi MOZAC gagal ekoran panggilan tidak dijawab.

Halaman Facebook MOZAC juga didapati telah dipadam.


Sementara diruangan komen video berkenaan, netizen rata-ratanya tidak bersetuju dengan sikap pihak sekolah bertindak sedemikian rupa ibarat mendidik pelajar bersikap dendam dan meraikan kekalahan seseorang.


Inilh yang dinamakan cikgu kurang ajar. Sanggup mendidik bangsa sendiri supaya menjadi manusia kurang ajar. Inikah yang dinamakan guru," tanya Hairudin Rufie turut menambah beliau tidak berpihak kepada mana-mana politik cuma menentang sikap kurang ajar.

Lily M Salleh pula berharap agar Kementerian Pendidikan menyiasat kejadian tersebut yang merupakan bukan budaya Malaysia, apatah lagi untuk pelajar sekolah.

"tak kira dia PM ke, menteri ke, atau mungkin kita (sendiri). Ibubapa rasa tak bagus guru-guru tunjuk budaya macam ni. Hormat menghormati tu bukan budaya Melayu je. Cina, India dan kaum-kaum lain juga. Ibu bapa risau anak-anak jadi kurang ajar. Fikir-fikirkanlah. - MG