Mungkin ada yang tidak tahu yang sebenarnya persengketaan diantara dua pelakon cantik iaitu Fasha Sandha dan Nora Danish telah berlarutan...

Sengketa Fasha Sandha Dan Nora Danish Sudah Berakhir?


Mungkin ada yang tidak tahu yang sebenarnya persengketaan diantara dua pelakon cantik iaitu Fasha Sandha dan Nora Danish telah berlarutan hampir sepuluh tahun.

Semua itu adalah disebabkan oleh pelbagai kontroversi serta kes melibatkan dua ‘hot mama’ itu, sampaikan sengeketa mereka itu sudah ditahap hendak saman-menyaman.

Namun, mungkin berkat bulan Ramadan tahun ini, ada khabar angin mengatakan persengeketaan sedekad Fasha dan Nora mungkin telah berakhir.

Itu kerana menurut laporan sebuah portal hiburan tempatan, kedua-dua pelakon itu disyaki mungkin sudah berdamai selepas mereka dilihat hadir ke Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari selasa lepas bersama peguam masing-masing.

Untuk pengetahuan semua, Pejabat Mediasi itu merupakan tempat untuk menyelesaikan pertelingkahan atau perbalahan.

Jadi, apa lagi yang boleh difikirkan apabila dua pelakon itu dilihat pergi ke pejabat itu kalau bukan untuk menyelesaikan persengketaan mereka.

Kalau benarlah berita itu, pasti ia adalah berita yang sangat mengembirakan, mana tidaknya persengektaan itu sudah mencecah 10 tahun. Tak baik bergaduh lama-lama ni, lagi pula, Fasha dan Nora sudah ada kehidupan sendiri.

Siapa tahu lepas berbaik ini, peminat dapat lihat Fasha dan Nora bergandingan dalam satu filem ataupun drama. Fuhh, meletops. - utaranews.com