Ramai orang kata, mereka yang kedekut ini adalah salah satu sikap yang tidak baik. Namun, ia sebenarnya adalah salah satu sifat yang dapat...

Sifat kedekut boleh bantu jimatkan duit perbelanjaan


Ramai orang kata, mereka yang kedekut ini adalah salah satu sikap yang tidak baik. Namun, ia sebenarnya adalah salah satu sifat yang dapat membantu seseorang itu berjimat dalam pengurusan kewangan.

Antara sebab sikap kedekut ini dapat membantu berjimat adalah kerana seseorang seperti ini hanya akan mencari barang yang mempunyai diskaun. Di setiap pasaraya memang akan ada sesuatu barang yang mengenakan diskaun agar barang itu cepat dijual sebelum sampai tempoh tamat.

Oleh itu, apabila seseorang itu hanya mencari barang yang mempunyai diskaun pastinya harga barang lebih murah berbanding harga asal dan secara tidak langsung dapat berjimat lebihan wang untuk berbelanja barang lain.

Selain itu, seseorang yang suka berjimat juga hanya akan membeli barang pada waktu promosi. Tidak dapat dinafikan membeli barang pada waktu promosi memang sangat menguntungkan terutamanya pada musim perayaan atau hari istimewa kerana harga yang ditawarkan sangat rendah berbanding harga asal.

Seseorang yang bersifat kedekut juga mempunyai sifat tegas. Sifat tegas ini akan wujud dalam diri adalah kerana mereka tidak akan berbelanja dan tegas mahu menyimpan wang.

Malah, sikap kedekut juga membuatkan seseorang itu berfikir dua kali untuk membeli sesuatu barang. Adakah benda itu betul-betul diperlukan atau sebaliknya dan jika tidak perlu tangguhkan dahulu niat untuk membeli itu.

Seterusnya, tengok tempat dahulu jika ingin membeli barang keperluan. Terdapat antara tempat yang menawarkan harga yang lebih rendah dari tempat lain. Oleh itu, bandingkan harga dahulu di setiap tempat untuk mengenalpasti tempat mana yang menjual barang keperluan dengan lebih rendah supaya dapat berjimat dengan lebih banyak.

Apapun, dalam berbelanja seseorang itu perlu juga mempunyai sifat kedekut daripada mengelakkan diri untuk terlalu boros berbelanja. Dalam berbelanja memang perlu mempunyai garis panduan agar jumlah wang yang dikeluarkan tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan.-utaranews