Pengurangan hasil daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar mulai 1 Jun ini akan ditampung oleh langkah khusus h...

SST akan diperkenalkan semula selepas GST disifarkan


Pengurangan hasil daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar mulai 1 Jun ini akan ditampung oleh langkah khusus hasil dan perbelanjaan yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Kementerian Kewangan memaklumkan, ia sejajar dengan program pembaharuan fiskal yang sedang dalam pelaksanaan.

“Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula.

“Pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan efisiensi serta mengurangkan ketirisan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu, harga minyak mentah dunia telah meningkat ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu $AS52 setong.

Menurut kenyataaan itu lagi, ini akan menyediakan ruang fiskal dalam tempoh terdekat.

“Tanggungjawab fiskal, transparency dan tadbir urus akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan program pembaharuan fiskal,” kata Kementerian Kewangan. - UM