Rasanya ramai sudah ketahui akan keakraban diantara dua pelakon cantik iaitu Nur Fazura dan Zahirah MacWilson selepas gambar mereka bersa...

Zahirah Macwilson Bangga Disamakan Dengan Fazura


Rasanya ramai sudah ketahui akan keakraban diantara dua pelakon cantik iaitu Nur Fazura dan Zahirah MacWilson selepas gambar mereka bersama dimuat naik di Instagram masing-masing awal bulan lalu.

Jika dilihat pada gambar mereka berdua itu memang jelas dapat dilihat kecantikan yang dimiliki oleh Zahirah seakan sama seperti kecantikan Fazura. Orang kata, sama cantik macam bidadari gitu.

Sehinggakan ada yang berpendapat kedua-dua pelakon itu bukan saja cantik tapi mempunyai satu aura yang pasti akan menarik perhatian ramai orang.

Menyedari situasi itu, Zahirah mengatakan dia berasa bangga dan terima apa yang netizen katakan itu kerana Fazura adalah seorang yang bukan saja terkenal tapi juga sangat berbakat.

Jadi, Zahirah merasakan apa yang netizen katakan itu umpama satu penghormatan buatnya tapi, meskipun begitu, Zahirah tetap tidak mahu dibayangi dengan perkara itu.

Sebabnya, Zahirah lebih ingin berdiri diatas kakinya sendiri dalam industri dengan menjadi terkenal menerusi kerjaya dan juga personalitinya yang tersendiri.

Namun, rasanya itu semua sudah Zahirah perolehi walaupun sebelum rapat dengan Fazura. Kalau tidak, tiadalah Zahirah dikenali ramai orang kann? –utaranews.com