Harga daging tempatan di sesetengah negeri menunjukkan peningkatan hingga mencecah RM36 sekilogram dan membebankan pengguna terutamanya me...

Harga daging lembu jauh lebih murah di negeri Pahang


Harga daging tempatan di sesetengah negeri menunjukkan peningkatan hingga mencecah RM36 sekilogram dan membebankan pengguna terutamanya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Tetapi, lain pula bagi peniaga di Pasar Besar Jerantut Pahang apabila menjanjikan harga daging tempatan jauh lebih murah kepada pengguna menjelang Aidilfitri ini.

Walaupun harga kawalan untuk daging tempatan ditetapkan kepada RM32 sekilogram namun peniaga daging di sini meletakkan harga RM30 sekilogram kepada pengguna malah harga itu adalah harga sama dijual tahun ini.

Menurut, Peniaga, Mohd Shamsul Bahari Mohd Zakri, 26, harga RM30 sekilogram adalah harga yang sama dijual tahun lalu olehnya untuk daging lembu. Malah, peniaga daging di pasar itu bersepakat mengurangkan RM2 lebih murah daripada harga kawalan.

“Kami di sini memang nak bagi harga lebih murah buat pelanggan sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

“Kami memang dikunjungi bukan sahaja pelanggan dari Jerantut malah ada dari daerah berhampiran Temerloh dan Jengka kerana harga daging yang lebih murah ditawarkan di sini,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Nik Sop Hassn,43, menjelaskan tindakan meletakkan harga daging murah sebenarnya sebagai hadiah untuk pengguna di pasar terbabit dan sentiasa menjanjikan bekalan mencukupi menjelang Aidilfitri.

“Kita menjanjikan bekalan daging segar di pasar ini mencukupi untuk keperluan sempena Aidilfitri ini,” katanya.

Sementara itu, penternak lembu di Kampung Paya Rajin, Mohd Nizam Ismail,27, berkata beliau antara pembekal daging sedar lembu di daerah terbabit dan mempunyai 700 lembu di ladang ternakannya.

"Biasanya, harga daging lembu antara RM28-RM30 per kg. Ada penternak di sini yang menjual sendiri daging di tepi jalan utama “katanya lagi. - utaranews.com