Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II dan juga ahli DAP, P Ramasamy berkata sistem pendidikan tinggi di Malaysia mempunyai terlalu ramai...

Kerajaan PH diminta 'overhaul' sistem pendidikan tinggi kerana ramai lecturer melayu?


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II dan juga ahli DAP, P Ramasamy berkata sistem pendidikan tinggi di Malaysia mempunyai terlalu ramai tenaga pengajar Melayu dan berharap kerajaan Pakatan Harapan untuk 'overhaul' secara menyeluruh sistem terbabit.

Beliau berkata, tenaga pengajar di hampir semua universiti adalah Melayu dan universiti awam menderita kesan hegemoni UMNO.

“Tidak ada kepelbagaian (yang boleh dilihat) dalam tenaga pengajar di mana hampir kesemuanya orang Melayu. Semua universiti-universiti awam menderita hegemoni UMNO yang paling teruk,” demikian dakwaan.

Jelasnya, tindakan pengambilan naib-naib canselor dan dekan-dekan fakulti yang kebanyakkan ahli UMNO yang tdak cekap dalam sistem pendidikan tinggi ibarat 'kanser'.

“Pengambilan para pensyarah berdasarkan merit mestilah menjadi keutamaan dalam pembaharuan (sistem pendidikan tinggi) ini.”

Beliau berkata, disebabkan standard pengajian itu jugalah telah melahirkan ramai graduan yang tidak berkualiti iaitu langsung tidak boleh membaca atau menulis dengan betul.

Malah, katanya dia pernah mendengar seorang pensyarah di sebuah universiti awam tempatan dituduh terlibat dengan plagiarisme dan tindakan yang diambil terhadap pensyarah itu hanyalah dipindahkan ke universiti lain selain ditawarkan menjadi profesor.

“Budaya plagiarisme di universiti awam kita telah dibiarkan bernanah selama ini. Ianya di tahap yang membimbangkan," ujarnya.

Selain itu, P Ramasamy turut berharap kerajaan PH akan memansuhkan undang-undang yang membataskan kebebasan bersuara dikalangan pelajar universiti awam.

Katanya, berharap kerajaan PH dapat memulakan langkah menangani situasi majoriti Melayu dan politik UMNO dengan memenuhi varsiti awam tempatan dan melakukan audit di semua universiti terutamanya yang melibatkan geran penyelidikan diberikan kerajaan supaya ia memang dibelanjakan untuk tujuan asal (accounted for).

“Saya tidak mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat keajaiban, tetapi mereka boleh memulakan langkah menghapuskan situasi mono-etnik dan politik UMNO di universiti-universiti awam tempatan," tambahnya. - utaranews.com