Baru-baru ini, tular di media sosial bahawa kedai mamak menggunakan pewarna bukan makanan untuk menggoreng ayam supaya warna ayam itu leb...

Netizen dakwa Ayam goreng kedai mamak guna pewarna berbahaya


Baru-baru ini, tular di media sosial bahawa kedai mamak menggunakan pewarna bukan makanan untuk menggoreng ayam supaya warna ayam itu lebih menarik dan menggiurkan.

Ayam goreng kedai mamak yang didakwa dicampur dengan pewarna bukan makanan bagi memberikan warna lebih menarik boleh menyebabkan pengguna mengalami pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser.

Perkara itu telah mengejutkan ramai netizen dan mengakui meraka antara penggemar makan ayam goreng di kedai mamak kena enak dan juga warnya yang menarik.

Malah, ramai netizen mula melakukan kempen untuk memboikot kedai mamak yang sebelum ini cukup terkenal sebagai tempat yang kotor, harga mahal dan kini menggunakan bahan terlarang sehingga menyebabkan kanser kepada pengguna.

Ada antara segelintir netizen mendakwa ada mengikut resepi membuat ayam goreng seperti kedai mamak tetapi hasilnya tetap tidak sama seperti ayam goreng dijual di kedai mamak.


Rupanya ini kerana kedai mamak menggunakan resepi rahsia iaitu pewarna yang tidak boleh dimakan semata-mata untuk menjadikan ayam itu nampak lebih cantik dan menarik.

Sebelum ini, tular sebuah video beberapa pekerja di sebuah restoran di ibu negara sedang mencuci pinggan menggunakan air yang kelihatan kotor dan bertakung.

Restoran yang dikenali sebagai Raj's Banana Leaf Bangsar menunjukkan pekerjanya sedang mencelup pinggan di dalam air kotor tanpa membilasnya sebelum terus menyusunnya di satu sudut.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan telah membuat pemeriksaan dan pengurusan restoran daun pisang Raj's Banana Leaf Bangsar diarah menutup operasi serta-merta. - utaranews.com