Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan T...

Pembatalan projek-projek mega beri kesan terhadap sektor pembinaan


Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan MRT3 melalui Greater KL.

"Ia adalah keputusan muktamad tetapi akan mengambil sedikit masa, kerana kita mempunyai perjanjian dengan Singapura," katanya.

Sehubungan itu, CIMB Equities Reseacrh berkata pembatalan dua projek itu telah memberi kebimbangan kepada sektor pembinaan lain seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 bilion hingga RM60 bilion dan projek rel berkembar Gemas-Johor Bahru berjumlah RM9.4 bilion jika menerima nasib sama iaitu akan dibatalkan.

Firma penyelidikan itu berkata, kontrak itu telah dianugerahkan kepada kontraktor dari China dan projek ECRL pula masih dalam rundingan dengan skop kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) telah dianugerah dan dalam proses.

Manakala, projek Gemas-Johor Bahru pula, syarikat kerjasama YTL-SIPP pula sedang menunggu surat anugerah rasmi.

"Kami percaya projek in (ECRL dan Gemas-Johor Bahru) kini dalam risiko untuk ditunda atau rundingan semula atau dibatalkan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya projek Sistem Transit Rapid yang menghubungkan Johor Bahru -Singapura sejauh 4 kilometer berkemungkinan akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurutnya, ia berikutan projek itu dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad dan SMRT Corporation Limited.

Sekiranya pembatalan projek ini ia akan memberi impak besar kepada Gamuda, MMC, dan George Kent – mana-mana kontrak yang terdedah kepada sektor rel dengan sentimen negatif. - utaranews.com