Walaupun terdapat banyak spekulasi dilaman sosial tentang kemungkinan bakal berlaku Pilihanraya Negeri di Perak tidak lama lagi, Timbalan...

Jangan mimpi ada Pilihan Raya Negeri di Perak.. - Nizar Jamaluddin


Walaupun terdapat banyak spekulasi dilaman sosial tentang kemungkinan bakal berlaku Pilihanraya Negeri di Perak tidak lama lagi, Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tampil menyifatkan menafikan khabar angin tersebut.

Dakwaan yang tersebar itu juga disifatkan Mohammad Nizar sebagai ibarat mimpi di siang hari pihak pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak itu berkata, perkara tersebut tidak akan terjadi kerana kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (HP) ketika ini berada dalam keadaan kukuh dan rakyat juga gembira dengan kepimpinan sedia ada.

"Ini hanya satu bentuk khabar angin oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka (pembangkang) merasakan kehilangan kuasa ini satu tragedi, satu kekecewaan yang teramat sangat jadi bagi melegakan rasa kekecewaan itu mereka sebarkan berita-berita begini.

"Namun hakikat sebenarnya, rakyat di Perak ini cukup gembira dengan kerajaan baru, mereka yang mengundi mahukan perubahan, saya sendiri boleh sahkan tidak wujud suasana yang akan membolehkan PRN berlaku di Perak," katanya seperti yang dilaporkan oleh Awani.

Tambah beliau, kepimpinan PH di Perak ketika ini juga mendapat sokongan yang kuat daripada golongan kakitangan kerajaan negeri dan agensi-agensi dibawahnya. 

"Kami sebagai satu pasukan beriltizam untuk memenuhi perkara-perkara yang banyak mengecewakan rakyat Perak sebelum ini.

"Kita komited untuk jadikan Perak ini sebagai antara negeri terbaik, kita akan kembalikan zaman kegemilangan negeri tercinta ini, itu fokus kita," ujar beliau.