Perdana Menteri Dr Mahathir bersama anggota Kabinet kerajaan Pakatan dipercayai sedang merangka satu pendekatan baharu bagi menggantikan ...

Pemberian BR1M hanya untuk memperbodohkan rakyat.. - Azmin


Perdana Menteri Dr Mahathir bersama anggota Kabinet kerajaan Pakatan dipercayai sedang merangka satu pendekatan baharu bagi menggantikan BR1M dan sedang merangka inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi negara yang akan dibahaskan di Parlimen Oktober depan.

Itu yang didedahkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kepada media semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Perak di Ipoh.

Beliau juga berkata bahawa pemberian berkenaan wajar dihentikan, sebaliknya boleh dilaksanakan melalui pembangunan dan bantuan lain yang difikirkan wajar untuk membantu rakyat.

"Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), tuntas dalam menegaskan bahawa sebarang bentuk sogokan tunai untuk mendapat sokongan politik mesti dihentikan.

"(Inisiatif baharu hala tuju ekonomi) yang meletakkan fokus mensejahterakan rakyat, bukan menyogok dan memperbodohkan rakyat.." tegas beliau.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang dilaporkan mahu mengurangkan BR1M dan mengurangkan bantuan berkenaan secara berperingkat sebelum ia dihentikan sepenuhnya.

Langkah kerajaan untuk mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sehingga ia dihentikan sepenuhnya kepada rakyat ujarnya, bertujuan mengelak sogokan tunai bagi kepentingan politik.

"Ini kerana ia (bantuan tunai) mempunyai unsur rasuah dalam mendapatkan sokongan daripada rakyat. Saya mempunyai pengalaman di Selangor (ketika menjadi Menteri Besar) di mana kita tidak menyogok rakyat dengan bentuk wang tunai tetapi apa yang kita lakukan adalah memberdayakan (mengupayakan) rakyat melalui program dan dasar demi mensejahterakan mereka," katanya.

"Kalau ini fokus kita untuk memberdayakan rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing," katanya.

Tambah beliau lagi, tidak mustahil sistem bantuan berkenaan akan diganti dengan sistem baharu serta kerajaan akan meneliti perkara itu dan pihaknya akan memberikan pandangan serta membentangkan inisiatif baharu itu kepada kerajaan dalam masa terdekat.