Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Bala...

Anwar dijangka menang mudah PRK Parlimen P132 Port Dickson


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi ini.

Danyal membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, kawasan Parlimen berkenaan dipilih setelah dimaklumkan dan dipersetujui oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.

Parlimen Port Dickson dimenangi Danyal Balagopal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dengan majoriti 17,110 undi.

Ramai penyokong-penyokong Keadilan dan juga Anwar menjangkakan bahawa Presiden PKR itu akan menang mudah dengan majoriti yang lebih besar di kawasan berkenaan.

Ini memandangkan rekod cemerlang kemenangan besar calon-calon Pakatan Harapan dibeberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini.