"I tampar muka Najib tu, kurang ajar!" Itulah ungkapan dari selebriti masakan popular, Chef Wan semasa berkempen untuk PH di Fe...

Chef Wan mahu tampar muka Najib sebab kurang ajar.


"I tampar muka Najib tu, kurang ajar!" Itulah ungkapan dari selebriti masakan popular, Chef Wan semasa berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1, hari ini.

Dipetik menerusi portal Malaysiakini, Chef Wan juga dengan garang menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada presiden gabungan itu, Najib Razak.

Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda - semasa ditadbir kerajaan BN - memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.

Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN 'merompak' agensi terbabit sehingga bankrap.

"Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000. "Mak saya kata, kerajaan bagi RM5,000 (tapi) saya cakap pada dia, saya tak nak ambil duit tu. Itu duit rasuah," katanya kepada media.

Selain mahu menampar bekas Perdana Menteri itu, Chef Wan juga turut mahu melakukan perkara yang sama kepada bekas pengerusi Felda iaitu Isa Samad.

"Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

"Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

"Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia," katanya.