“Saya tidak salahkan pengundi, ini hanya akan menjadikan kami lebih kuat, Kami akan bekerja lebih keras untuk menunjukkan kepada rakyat k...

Politik menghasut dan rasis bantu kemenangan BN di Cameron Highlands


“Saya tidak salahkan pengundi, ini hanya akan menjadikan kami lebih kuat, Kami akan bekerja lebih keras untuk menunjukkan kepada rakyat kami melangkaui kaum dan agama.

"Kami ialah rakyat Malaysia dan akan memenangi Cameron Highlands pada masa depan.” kata M.Manogaran selepas tewas pada pilihanraya kecil Parlimen Cameron Highlands di tangan calon BN semalam.

Memetik laporan dari FMT, Manogaran turut meletakkan kesalahan kepada kaedah kempen BN yang didakwa menggunakan faktor perkauman yang dahsyat serta memperalatkan agama bagi menarik pengundi.

"Bahagian menyedihkan dalam PRK ini ialah BN menggunakan faktor kaum.

"Walaupun kalah, saya berpendapat ada perkara positif untuk diambil perhatian di sini.

"Kami telah menembusi kawasan Orang Asli, terutama di Jelai. Ia menunjukkan pada masa akan datang, kami akan memperolehi sokongan lebih baik di sana,” tegas beliau.

Didalam pertembungan antara Pakatan Harapan dan juga BN di Prk 078 itu semalam, Calon BN, Ramli Mohd Nor berjaya meraih 12,038 undi menewaskan Manogaran yang hanya berjaya mendapat 8,800 undi.

Dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing memperoleh 314 serta 276 undi.

Ini adalah majoriti ke-2 tertinggi dimenangi BN selepas 2004, apabila calon MIC, S K Devamany mengalahkan calon DAP, J Apalasamy dengan majoriti 6,260 undi.